'1 Malaysia Menjana Transformasi' adalah tema kemerdekaan bagi tahun 2010. Telah 53 tahun kita merdeka, tapi benarkah kita merdeka???? Apa yang anak-anak kita faham dengan maksud merdeka? Merdekakah jiwa mereka? Merdekakah sahsiah mereka? Merdekakah pemikiran mereka?...
Kita sebagai ibubapa, ahli masyarakat patut memainkan peranan dalam penyampaian erti kemerdekaan yang sebenar. Bukan hanya mengingati 31 Ogos sebagai hari cuti atau hari menonton tv, tetapi kita perlu berfikir bagaimana hendak meningkatkan kesedaran anak-anak kita tentang erti kemerdekaan itu sendiri.... Mungkin dengan cara melihat tinggalan sejarah, anak-anak kita akan lebih faham dengan jasa pejuang-pejuang kemerdekaan.
Di sekolah, amalan sambutan kemerdekaan setiap tahun diadakan!!... Tetapi yang menyedihkan, apabila ditanya tarikh kemerdekaan atau siapa bapa kemerdekaan.... jawapan yang tidak terduga di jawab iaitu tidak tahu.... Berjayakah sambutan kemerdekaan itu... Salah siapa?? Murid yang tak peduli atau guru yang terlalu sibuk dengan sambutan.....
Saya cukup suka menyambut kemerdekaan dengan bermula 1 Ogos, saya dan jiran-jiran taman akan melakukan perang bendera.... Dengan mengantungkan bendera Jalur Gemilang di rumah dan kawasan sekitar dapat meningkatkan semangat patriotisme... "Bangun je pagi, pegi kerja tengok bendera.... seronok!!! sebab negara kita aman walaupun kita hidup pelbagai kaum." Dengan mengantung Jalur Gemilang akan meningkatkan keterujaan kita untuk menyambut Hari Merdeka.... (ke aku je yang terasa)..Apa-apa pun aku suka dengan sambutan merdeka...
No comments:
Post a Comment